Hye.. bertemu lagi kita.
Aku nak cerita tentang pengalaman mock teaching aku. kalau korang tak tahu apa itu mock teaching, aku bagitahu yer. mock teaching ni adalah pengajaran olok-olok. macam masa kecik-kecik kau main cikgu-cikgu dengan kengkawan. haaa macam tu la. Tapi penuh dengan pengisian dan langkah-langkah. bukan kau mengajar saja-saja je ye. Mock teaching ni memang akan dilalui oleh orang-orang yang nak menjadi pendidik. contoh guru atau pensyarah. Mereka nak tengok kita boleh mengajar atau tidak.
okeh, aku cerita pengalaman aku apabila dipanggil untuk melalui sesi mock teaching.
seperti biasa.. setiap kali aku pergi interview, mak dan abah aku akan sentiasa menjadi teman dan semangat aku disisi. mock teaching aku ni dijalankan semasa bulan puasa. Aku dapat sesi petang. pukul 2 petang. Jadi pukul 12.30 tengah hari aku dah keluar dari rumah. Rumah aku nak ke tempat interview ni 45 minit je. Dalam perjalanan memang jantung aku berdegup laju. hishh.. Susah nak buang perasaan aku yang macam ni. Aku jelouse tau kalau tengok orang yang jenis hidup tenang je. tak de perasaan degup laju ni.. hahaha!
Sampai je aku kat kawasan kolej ni, aku perhati je kot-kot ada budak-budak yang sama iv dengan aku. Tapi macam tak de je. aku pun masuk la ke pejabat. dah sampai kat office tu aku nampak ramai yang sedang menunggu. Duduk menunggu sampai kat depan pintu tau. hahaha! aku pun tarik kerusi. Duduk tepi pintu. kiranya aku orang terakhir la yang datang. uishh.. teruk jugak aku ni. hihi. Aku tak nampak sangat berapa orang yang lepas iv hari tu. Sebab aku dah duduk tepi pintu. hihi.. sambil duduk menunggu, aku berbual jugaklah dengan calon tepi aku. nama dia Shany. Asal dari mana aku tak ingat. dia datang mock teaching ni untuk subjek bahasa arab. Sebelah Shany calon dari johor. dia nak mohon untuk pensyarah teknologi maklumat.. haa,, sama dengan aku pulak. abislahhh bersainglah aku dengan dia.. hihi.
Dalam pukul 4.30 petang, baru aku dipanggil untuk jalankan mock teaching. aku ingatkan masuk sorang-sorang. rupanya taakkkkk.. lagi berderau jantung aku. rupanya dia panggil 4 calon. so, one person present and yang lain bagi respond. bukan respond sahaja okeh. siap dengan komen untuk kawan-kawan yang present sekali. arghh! Tapi aku lega sikit sebab aku orang yang ke 3 jalankan mock teaching. first Shany. calon yang aku berbual masa mula datang tadi. masa dia jalankan sesi mock teaching tu, memang okehlah. cuma pengajaran dia agak membosankan. sebab asyik ulang benda yang sama. Bentuk pengajaran, dia tak berapa best. suara semua dah okeh dah. calon yang kedua tu pulak aku tengok okeh. tapi dia banyak baca slaid, berbanding terangkan. English dia okeh. calon yang ketiga aku.
Ehem3x. masa nama aku disebut, aku bangun dan bawa laptop aku ke belakang untuk dipancarkan ke secreen. Lupa nak bagitau. Aku pergi iv ni kena bawa laptop sendiri. Projector je disediakan. Masa aku nak pasang laptop, boleh pulak laptop aku buat hal. Dia suruh aku restart. arghh... aku tengok muka puan tu dah berubah sikit. Mungkin marah sebab aku tak on awal-awal. aku bukannya tak nak on awal, tpi battry laptop aku rosak. on awal pun tak de guna. jadi time ni aku macam gelabah. Tapi buat muka tak rasa bersalah.. hihi. dalam 5 minit, laptop aku dah ok, aku pun buka slaid yang aku buat sehari sebelum pergi mock teaching. Alhamdulillah, proses mock teaching aku berjalan dengan lancar. Aku present apa yang telah aku praktik kat rumah sebelum pergi iv.
Calon keempat aku tak dapat saksikan. sebab masa dia nak present, aku batuk teruk. Jadi aku minta izin keluar. aku takut ganggu sesi yang sedang berlangsung. aku keluar kejap untuk ambil kesempatan hirup udara luar. lega woii dah lepas sesi mock teaching. hihi.. kemudian aku masuk semula. masa aku masuk, calon yang last ni dah abis present. Jadi, kami ber-4 diminta untuk komen sesama sendiri. Dengan rasa bangga jugaklah kan. korang nak tahu? ketiga-tiga calon yang bersama dengan aku ni, semua puji cara aku mengajar dan begitu jugak dengan dua orang puan yang menemuduga kami dan melihat aku lakukan sesi mock teaching ni. Alhamdulillah. aku dijadikan contoh kepada yang lain. thorbaik bak ang! haha! Nak tips? okeh.. aku share yer. tapi ni untuk korang yang ambil bidang Multimedia.
1. Pilih Topik/Tajuk
Pastikan korang pilih satu topik yang korang rasa boleh bawa.. Andaikata, penemuduga tanya korang tentang topik tu, korang boleh jawab dengan jayanya. contoh, macam aku haritu, aku ambil tajuk elemen multimedia. aku kecikkan skop. kalau ikutkan, elemen multimedia ada 5 (grafik, teks, audio, video and animation). jadi u olls pilih satu topik yang korang nak. aku amik tajuk "teks" dan aku fokus tajuk tu je. Huraikan bahagian tu je. Jangan masuk bab lain.
2. Slaid
Slaid korang janganlah serabut sangat. kalau korang malas sekalipun, guna background putih je. tak payah sampai berwarna-warni. Tulisan, pastikan jelas dan boleh dibaca. Tapi, malas-malas aku pun, aku tak sampai hati nak buat slaid kosong. slaid aku, mesti aku akan buat cantik-cantik. ye la, kita nak mintak kerja, tak kan tak nak usaha untuk buat yang terbaik kannn... pesanan aku, slaid korang jangan penuh dengan tulisan. Kalau dalam slaid ni aku lebih suka, letak penerangan sikit, lepastu aku terang dan huraikankan. Aku bukan jenis yang suka baca slaid. sebab tu, masa aku pergi latihan mengajar kat sekolah, aku akan study dulu kat rumah topik apa yang nak di ajar esok. Jadi tak de lah budak mengantuk bila kita mengajar. Kalau student tanya pun, kita boleh jawab. Jadi slaid korang tak perlu banyak tau. Penerangan korang tu penting. Slaid panjang-panjang pun buat apa. korang bukan nak mengajar betul-betul. huhu!
3. Set Induksi
Set induksi ni permulaan pengajaran. Aku kan bakal-bakal guru sekolah. Jadi, interview kolej pun aku aplikasikan set induksi ni. hihi.. Ok, bila kau dah mula masuk bagi salam. korang buat-buat tanya siapa tak hadir dan mula lakukan set induksi pada student korang. macam mana caranya. okeh, set induksi ni untuk kau kaitkan pengajaran yang akan korang ajar. contohnya, aku fokus topik "teks" kan. so aku ambil mana-mana poster yang aku rasa menarik dari jenis tulisan. kemudian aku cari poster yang tulisanya sukar dibaca. kemudian aku tanya kepada pelajar. Apa perbezaan pada gambar tersebut. boleh baca tak tulisan yang digunakan? Jadi, kaitkan pengajaran yang akan diajar dengan set induksi yang korang lakukan.
4. Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran sangat penting yer. Bukan mengajar untuk saja-saja. objektif pengajaran perlu dibaca dan diketahui oleh pelajar. Jadi pelajar akan bersedia untuk topik yang akan korang ajar. Itu perlu ada untuk korang tarik perhatian penemuduga.
5. Interaksi Dua Hala
Masa aku buat mock teaching, aku tak delah serius sangat dengan diorang semua. Aku selit-selit lawak sikit. Aku belakon betul-betul macam suasana dalam kelas. Aku slumber je tegur calon yang tengah termenung. haha! Aku kata macam ni, "Redwan, awak paham tak apa yang saya terangkan ni. nampak jauh awak termenung". haaa.. time ni semua gelak. Interaksi dua hala penting yer. awak perlu ada soal jawab dengan student. aku hari tu siap tanya, "Shany, awak faham tak apa yang saya terangkan ni?". dia jawab paham, kau suruh dia ulang apa yang kau terangkan tadi. simplekan. Lepas tu kalau betul dia huraikan, korang bagi pujian. suruh kawan-kawan tepuk tangan. kalau dia tak dapat jawab, kau buat-buatlah kata, "tulahh.. masa saya huraikan tadi awak berangan, lepas habis kelas, jumpa saya". hihi.. Apa aku tulis semua ni, aku buat tau masa mock teaching hari tu. semua gelak. Jadi kat sini penemuduga dapat lihat gaya mengajar yang ada pada korang.
6. Penutup
Masa korang nak tutup sesi pengajaran korang, tutup dengan cara baik. Sediakan kuiz atau assignment untuk student korang. buat kat bahagian last slaid korang. tajuk untuk asignment atau latihan, letak tarikh untuk student korang submit dan minta diorang hantar pada tarikh yang korang tetapkan. Jadi lengkap dah pengajaran korang. Ada pembuka, isi dan penutup.
Itu je tips yang aku ada. Jadi dapatlah bagi gambaran sikit tentang mock teaching pada korang.
Lepas keluar dari bilik tu, aku bersalaman dengan calon-calon dan menukar number fon. sampai kat kereta, aku senyum-senyum tengok mak dan abah aku. macam biasalah.. aku bercerita segala yang berlaku dalam bilik iv tadi.. hihi
Aku berharap sangat aku dapat jawatan ini. Aku dah berusaha sebaik mungkin. sekarang hanya mampu berdoa. Aku nak jadi seorang pendidik. korang, doakan yer.. inn sha Allah.. amin~
Terima kasih membaca..