TeMuDuGa PeNsYaRaH IPTS

Assalamualaikum

Aku nak kongsi pengalaman kat korang tentang interview sebagai lecturer. masa aku dapat panggilan interview ni pun berderau jantung aku. sebab aku tak tahu mana nak cari orang-orang yang berpengalaman tentang interview untuk jawatan pensyarah IPTS ni. Aku search jugak kat google. kebanyakannya diorang cerita tentang mock teaching. Itu pun cerita sekali imbas. Aku kutip juga ilmu-ilmu dari situ. 

Kasut bertutup okeh.. 

okeh, pada korang yang dapat panggilan interview pensyarah ni, aku nasihatkan, cool je. tak payah nak gelabah sangat. Pertama aku nak ingatkan, kalau dapat jawatan ni, korang perlu kaji kolej atau universiti yang korang dapat tu. kena tahu latar belakang kolej tu, visi, misi, objektif dan apa-apa yang berkaitan dengan kolej tu. lagi bagus kalau korang pandang-pandang organisasi jabatan yang korang dapat. contohnya, macam aku, dapat jawatan pensyarah Multimedia. So, pandang sikit pada nama-nama yang ada dalam organisasi jabatan tu. Semua maklumat ada dalam laman web kolej tu. korang cuma taip je nama pusat pengajian yang korang dapat panggilan temuduga tu. Masa aku nk pergi interview ni, aku tak menghafal pun pasal Malaysia. aku cuma fokus pada isu semasa. pagi tu aku dah beli newspaper. Risau dia tanya "apa berita kat TV semalam?", "Tajuk muka depan newspaper hari ni apa erk". haa.. tu soalan masa aku temuduga nak masuk UPSI. haha! sampai sekarang aku memang ingat. semua tu kena tahu.   

Kedua, Pakaian perlu formal, menutup aurat dan tidak menjolok mata. pemilihan warna, ikut suka hati koranglah. asalkan tak menyakitkan mata dan hati orang lain.

Ketiga, aku sarankan korang latih bercakap depan cermin. supaya korang tahu macam mana memek muka korang. Tanya la diri sendiri soalan apa agak-agak yang korang rasa dia akan tanya. macam aku hari tu, depan cermin aku buat, depan adik aku pun aku buat. aku suruh dia tanya aku soalan yang berkaitan dengan temuduga. So adalah beberapa soalan yang aku macam tak dapat nak jawab, aku lari masuk bilik, buka laptop cari jawapan. hihi..

keempat, korang cuba bercakap dalam bahasa ingeris. kadang-kadang dia akan beri perhatian pada kita kalau kita boleh berbahasa inggeris. macam kolej yang aku dapat, international college. Jadi nak tak nak kenalah bercakap dalam bahasa inggeris. Tapi aku beruntung. Penemuduga aku tu mula-mula je berspeking. Dah lama-lama tu, dia dah cakap bahasa melayu. Apa yang penting kat sini, keyakinan korang. cuba cakap dengan penuh keyakinan.

Kelima, senyum-senyum je. Tapi jangan nampak terlampau senyum tau. nanti dikatakan kerang busuk pulak. Korang nak jadi pensyarah. karang reject terus. hihi.

Keenam, korang dah usaha kan semua yang aku ajar kat atas ni. kalau dah, korang boleh la berdoa dan bertawakal. semoga rezeki ini milik kita. Amin~

Aku bagitahu berdasarkan pengalaman aku. Apa yang aku suruh korang baca tu tak kena pada aku. Tapi semua soalan tu ditanya pada calon yang lain. Setiap calon yang keluar aku tanya "Kak, panel tanya apa?", "abang, soalan apa yang dia tanya tdi erk", "Dik dia bercakap in english or malay". Aku kutip pengalaman dari situ. Hakikatnya, ini semua rezeki. Banyakan berdoa supaya panel lembut hati bila tengok korang dan tak tanya lebih.

Tiba turn aku, korang nak tau dia tanya apa.. hmm.. "Ok cik Athirah yer, sila perkenalkan diri". Aku terus bagitahu nama, umur, kelulusan, bidang, abah aku kerja apa dan mak aku kerja apa. Lepas aku diam, dia tanya adik beradik ada berapa. So, korang bolehlah nak tambah bilangan adik beradik kat situ. Aku ingat tak penting, bila aku dah pergi temuduga ni macam penting lak bilangan adik beradik tu kan. korang bagitau sekali berapa adik lelaki berapa adik perempuan. hahahaha! So lepas kenalkan diri, Panel terus fokus pada jawatan aku. Dia kata dia dah tengok resume aku. Dia kata memang layak. Dia tanya betul-betul berminat ke nak mengajar. semua soalan yang dia tanya aku jawab. setiap penerangan dia, aku dengar baik-baik. 

Tu jelah pengalaman aku. kalau korang nak tau, aku paling cepat dia tanya. yang lain macam dalam setengah jam. aku dalam 20 minit je. Keluar dari bilik penemuduga tu dengan muka tergamam. Aku berintonasi sorang-sorang didalam hati, "bagai nak rak aku belatih dan menghafal. akhirnya bergini kesudahanya".. sob..sob..sob.. nangis pulak.. patutnya bersyukur. hahaha!

So, setelah aku tunggu seminggu, aku dapat email dari kolej tu untuk aku buat interview kedua. sesi Mock Teaching. nanti aku cerita pulak pasal mock teaching yer. Aku macam dah mengantuk. Pesanan aku pada korang, jangan takut atau gelabah. Panel manusia. Dia pun sama macam kita. Yang penting korang penuhkan ilmu untuk menjawab soalan yang ditanya. Jawab dengan penuh keyakinan. kuasai semua, inn sha Allah korang akan pergi temuduga dengan tenang. Terima kasih kerana sudi membaca entry ni.. Assalamualaikum..

By :
Free Blog Templates