AgAr-AgAr SuSu + SaNtAn..



Kelakarnya bila teringat tentang nak buat agar-agar ni.. Sebelum ni aku selalu buat agar-agar perisa cokelat. Tapi kali ni aku buat susu plus dengan santan.  aku dah agak dh. kali ni abang aku msti tak bnyk bunyi.. tahu tak, first time aku letak agar-agar tu pada dia (time tu dia tengah main laptop), bila aku patah balik tengok agar-agar yang aku hidang kat dia tu dah habis.. kalau dulu, aku buat, langsung tak makan. sebab dia kata aku buat perisa cokelat.. dia tak suka.. kali ni aku try  buat susu dengan santan.. hmm, habis.. memang laju dia mkn..

ini je bahannya:

satu tin susu cair

separuh kotak santan
sudu kecil esen vanila
gula pasir secukup rasa. ikut la nak letak manis macam mana
agar-agar yang panjang-panjang tu satu bungkus
air anggaran suku periuk. sebab nak letak susu cair nanti melimpah pula.

cara buat senang je.. 

1. mula-mula rebus agar-agar yang panjang-panjang tu dalam air suku periuk 

2. pastikan agar-agar dah larut baru you all letak gula pasir. kacau@gaul gula tersebut
3. sudah sebati, masukkan susu cair. perlahankan api. kang naik mendidih kang.
4. masukkan santan dan esen vanila.
5. Biarkan dalam 5 minit.
6. bolehlah tuang kedalam loyang. 
7. tunggu hingga agar-agar keras. 
8. siap untuk dihidang (sejukkan lagi sedap)

HaDiAh BiRtHDaY

wah!! tak sangka birthday aku tahun ni ramai yang wish.. tu yang seronok bila dapat bertemu semua kawan-kawan dari pelusuk dunia kat facebook. Aku kan sebelum ni berpindah randah. Banyak la kawan-kawan yang aku dah jumpa balik kat facebook. Seronok sangat!

Ok, ni hadiah daripada roommate aku. Dia ni dari sekolah menengah kot sama-sama dengan aku. Sampailah ke politeknik ni haa.. kitorang still bersama. Walaupun dia berada di Terengganu, dia tetap nak hantar hadiah. Terharu aku. Dia bagi aku selipar doraemon. Kecik lahaiii. geram aku tengok. Rasa nak picit-picit. Hihi!

Ini pula hadiah dari Kak Dura. Bantal doraemamon.. Haa.. melengkapkan lagi collections sy. Seronok dpt hadiah dari kawan-kawan.. Kak Dura ni comel sangat tau. Dia praktikal sama dengan saya. Student dari UTEM. Banyak tolong saya dalam penghasilan sistem. Kira hebat juga dia ni. Thank you very much ye kak Dura for ur gift. (agak-agak dia tahu ke blog aku? Ngeh3! *_*)

kak F, Housemate saya pun ada bagi hadiaj. Kak F bagi saya rantai manik dari sabah. siap ada tulis perkataan SABAH. kak F asal dri sabah.. tak sangka dapat juga saya gift dari sana. jauh import tau! khas untuk saya.. hik3!! Masuk-masuk bilik je ada nota dan hadiah.. mana tak terkejut.. 
rantai manik dari sabah

time saya dapat hadiah tu, dia dah terbang ke sabah.. dia cuti sebab nak uruskn majlis perkhwinan.. mekacih ye kak F.. happy dapat hadiah dari kamu bahh.. 

-Thank you all-

MoTiVaSi DaTo' Dr. FaDiLaH KaMsAh

Hari ni Dato' Dr. Fadilah Kamsah datang Politeknik Merlimau Melaka. Tak sangka practical kat sini macam-macam aktiviti dapat join. Rasa beruntung sangat. Dua ceramah aku pergi. Beruntung. dah la tak kena bayar satu sen pun. dapat dengar free je. aku pergi ceramah tu dua kali. First pergi dengar ceramah khas untuk lecture dan staff. petang untuk ceramah untuk pelajar.. so, aku dapat dengar dua-dua ceramah. Pagi tu, ceramah tentang prestasi berkerja. petang ceramah tentang “minat untuk study di IPT”.. okey sangat. dapatlah memotivasikan diri yang dah lama tak di motivasikan ni. Hihi! Bersyukur pada Allah kerana memberi aku banyak kebaikan buat latihan industri di Politeknik Merlimau Melaka ni. Alhamdulillah.

berbju kurung putih.. :)

Dr.Fadilah Kamsah berbual bersama Pn Ros HEP

Apa yang aku pegang kata-kata Dr. Fadilah, "Doakan semua kenalan kita iaitu ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, guru-guru, jiran-jiran, pensyarah-pensyarah, kerana mendoakan seseorang itu  salah satu doa yang mustajab.

Dalam sebuah hadist riwayat Muslim Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa ketika seseorang mendoakan orang lain secara diam-diam, maka malaikat akan mendoakan dirinya seperti apa yang dimintakan terhadap orang itu.

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (HR. Muslim no. 4912).

Jadi kita sebagai saudara islam, sama-samalah saling mendoakan. inn shaa Allah.

By :
Free Blog Templates