MoTiVaSi DaTo' Dr. FaDiLaH KaMsAh

Hari ni Dato' Dr. Fadilah Kamsah datang Politeknik Merlimau Melaka. Tak sangka practical kat sini macam-macam aktiviti dapat join. Rasa beruntung sangat. Dua ceramah aku pergi. Beruntung. dah la tak kena bayar satu sen pun. dapat dengar free je. aku pergi ceramah tu dua kali. First pergi dengar ceramah khas untuk lecture dan staff. petang untuk ceramah untuk pelajar.. so, aku dapat dengar dua-dua ceramah. Pagi tu, ceramah tentang prestasi berkerja. petang ceramah tentang “minat untuk study di IPT”.. okey sangat. dapatlah memotivasikan diri yang dah lama tak di motivasikan ni. Hihi! Bersyukur pada Allah kerana memberi aku banyak kebaikan buat latihan industri di Politeknik Merlimau Melaka ni. Alhamdulillah.

berbju kurung putih.. :)

Dr.Fadilah Kamsah berbual bersama Pn Ros HEP

Apa yang aku pegang kata-kata Dr. Fadilah, "Doakan semua kenalan kita iaitu ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, guru-guru, jiran-jiran, pensyarah-pensyarah, kerana mendoakan seseorang itu  salah satu doa yang mustajab.

Dalam sebuah hadist riwayat Muslim Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa ketika seseorang mendoakan orang lain secara diam-diam, maka malaikat akan mendoakan dirinya seperti apa yang dimintakan terhadap orang itu.

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (HR. Muslim no. 4912).

Jadi kita sebagai saudara islam, sama-samalah saling mendoakan. inn shaa Allah.

0 comments:

By :
Free Blog Templates