CaMeRoN HiGhLaNd

 Salam readers! 2.13 pagi yang indah.. belek-belek gambar lepas, terbuka folder pergi Cameron highland tahun lalu. 17 oktober 2013 kenangan terindah bersama abang dan akak ipar serta budak comel ala-ala Korean boy, si daim darwisy.. tak dela basi sangat kan cerita aku.. jarak berapa bulan je kan.. lantak lar. Yang penting dah pernah janji nak update tentang Cameron kan..kan..kan.. ngeh3!!

Ok, cerita bermula apabila abang aku menyatakan hasrat hatinya nak hantar aku balik Tanjong Malim. Terdetik dalam hati, apa mimpi orang tua ni nak hantar aku balik UPSI.. selama ni aku naik bus relax je.. hahaha!!  Rupa-rupanya nak buat surprise untuk isteri tersayang..hok alor! Romantic lar konon-konon.. ngeh3!! Abang aku dah cadang dengan aku seminggu awal. So, bermulalah lakonan kami berdua ni. Duk lar cover supaya kak ipaq ni xtau. Penah sekali aku call abang aku, masa tu dia dalam kereta. Phone dia connect bluetooth dalam kereta, so, bila call conferm 1 kereta dengar. Aku pun  boleh tanya dengan slumber “assalamualaikum bro! Jadi tak nak pergi Cameron?? Bang srap kata nak antar tyra balik kn??” tetiba.. tutt..tutt..tutt.. aku pun macam pelik jew.. tetiba mesej masuk.. “kenapa gi call abang cakap nak g Cameron?? Aby ada la”.. hok alor! Mana nak tahu.. fon kita bukan ada CCTV… huhuhu! Tapi akak ipar aku x syak pape pun.. masih Berjaya di selamatkan misi kami…

Sampai hari, masa dan waktu untuk kami pergi sana, kak ipar aku pun siap-siap lar barang untuk hantar aku. Abang aku ni duk lar merapu kata nak pergi antar aku balik pastu terus balik melaka. Tak tido mana-mana.. aku pulak mula mereka rancangan, konon-konon nak pergi mandi kat kolam air panas. So kak ipar kenalah bawa pakaian kan.. hihihi.. dah selamat part pakaian dah.. lega2..

Dalam perjalanan,, aku duduk depan, memandangkan korean boy ni lasak, nak tempat luas je, so dia dengan mamanya duduk belakang. Aku duduk depan. Tukang tunjuk jalan. Huhuhu.. penah sekali Korean boy tu tak kasi aku naik kereta papa dia.. kedekut betol.. dia kata, “acik.. tuwon la.. acik.. tuwon.. duk luar” hahaha!! Kureng asam betol awisy cenonet ni.. dia tak berapa kenal aku sebab aku kan merantau.. kejap ada, kejap tak de. Bila balik duk usik dia jelah keje aku.

Ok, setelah sampai di tol tapah, kami pun keluar dan mencari simpang untuk ke Tanah Rata. Tanah Rata ni nama tempat tau. Senang je jalan nak ke Cameron ni.. Cuma korang akan rasa pening-pening, loyer-loyer ibarat korang mengandung2 bulan.. time perjalanan kami ni, kak aby dengan darwisy je yang muntah-muntah.. aku dengan abang aku still steady.. tak boleh belah time ni. Duk gelak-gelak kan akak ipar. Dia pelik, kenapa kolam air panas yang kitorang nak bawa ni atas bukit. Hohoho.. aku pun kata kat dia, tempat air panas kitorang bawak ni special.. dia dari atas gunung.. yang abang aku pun, iya kan je.. dalam perjalanan tu aku terasa pelik, tak de langsung sign board tulis ke Cameron.. lagi senang la nak menipu akak ipar aku ni.. hihihi.. akak ipar aku tak pernah datang Cameron. lagi mudah la kerja aku dengan abang aku nak kena kan dia… hihihi..

Setelah menempuh jalan yang penuh berliku-liku, kami pun tiba la di Ringlet. So, terkantoi la di sini.. tengah aku berbual dengan abang aku, akak ipar pun mencelah..

kak aby: “abang! Abang.. kita ni kat Cameron highland heh??”
abang aku: “eh, xlah.. mengarut je b ni.. kan nak pergi kolam air panas”
kak aby: “alah.. abang tipu.. aby Nampak kat kedai tadi ada tulis selamat datang ke cameron highland”.
Aku: gelak2..
Abang aku: “orang tu salah tulis tu. Cameron highland jauh. Mana ada kat sini”
Kak aby: “hah! Tuuuuuu.. tengok tu”


Amikkkkaawww! Beso giler strawberry.. siap ada tulis “Selamat Datang Ke Cameron Highland”. Kantoi suda.. hahahha!! Akak ipar aku punya la happy giler! Tak tau aku nak tunjuk camner dia punya gembira.. hihihi.. rupa-rupanya, dia memang teringin nak pergi cameron sebelum ni.. tu yang abang aku bawa. Abang aku ni dia tak reti nak tunjuk romentik dia. Tapi dengan cara macam ni dia tunjuk kan sayang dia kat isteri dia.. so sweet! best kot tengok diorang masa pergi Cameron ni.. tertiba mula la hati ni terdetik, bestnya ada suami. Boleh jadikan sebagai teman, kawan, sahabat.. hihihi.. eh! kau kenapa tyra?? bukan sama erti ke semua tu… hahahah!!


Tempat pertama kami berhenti di Cameron Valley. Kat sini kami berhenti untuk tengok permandangan indah ladang teh.. memang cantik. Siap ada air terjun kat bawah tu. Tapi kami tak turun sampai bawah.








After ke Cameron valley, kami pergi ke Healthy Strawberry Farm. Kat sini memang best! Korang boleh lihat banyak strawberry. Ada jual coklat strawberry, air strawberry, souvenir dan macam-macam lagi.. so, kami decide untuk makan dan minum di situ..










Selepas ke Healthy Strawberry Farm, dah makan-makan, tiba-tiba abang aku tanya..

Abang aku: “tyra.. esok kelas pukul berapa??”
Aku: “pukul 8 sampai 10. Pastu 11 sampai 12.. petang pukul 3 sampai 5. Kenapa??”
Abang aku: “abang macam tak larat nak turun balik la.. badan abang letih”

Dalam hati: ah! Suda.. cm ne ni… esok aq ada 3 kelas..

Aku: “Lar.. ye ke.. cam ne ni? Esok tyra banyak kelas la..”
Abang aku: “nak balik juga boleh, tapi kena rehat kat sini lama sikit la. Dalam pukul 6.30 petang kita turun”
Aku: “urm, xpe lah bang srap.. kita tido sini je lah.. tyra pun malas gak nak pergi kelas esok…”

Dalam hati, risau jugak tak pergi kelas. 2 jam lak tu.. dalam masa yang sama, aku perlu pikir keselamatan juga. tak kan nak suruh abang aku drive dalam keadaan letih kan.. korang tak payah lah pelik, kenapa aku tak drive.. memang tak la abang aku nak bagi bawak kereta dia.. dia tak kan kasi aku atau isteri dia bawak.. dia tak yakin.. hmm.. kelas..oh kelas! abis la cm ni.. huhuhu

Abang aku: "xpe ke??"
Aku: "tyra okeh je.. lagi pun tyra tak penah ponteng pun kelas tu.. hihihi.."


Aku memang seorang yang baik.. selalu menggunakan ponteng kelas time2 terdesak seperti ini.. kita perlu bijak merancang okeh! Huhuhu.. So, kami pun cari lar hotel di pekan Brinchang.. cari punya cari, jumpa la hotel yang murah ni.. memang selesa.. oh, lupa nak kasi tau.. hotel-hotel kat sini banyak yang tak de air-cond ok..  pakai kipas. Sebab, kat sini cuacanya sangat lar sejuk.. mau 3 lapis selimut korang pakai tau.. sejuk yang teramat.. huhuhu..








Keesokan harinya, dalam pukul 8 lebih, kami keluar dari hotel untuk meneruskan penjelajahan kami di Cameron.. rugi kot datang jauh-jauh pastu tido je kat hotel 24 jam. Itu bukan prinsip keluarga kami. Dari kecik abah dah ajar, kalau pergi jalan-jalan, jangan nak duduk hotel je.. pergi keluar jalan-jalan. Tengok tempat orang. Kalau order makanan pun, abah selalu pesan, rasa masakan orang sana. Jangan nak makan KFC ke ape.. rugi je pergi tempat orang.. so, benda-benda ni dah jadi peringatan buat kami adik beradik.. hihihi..


Pagi tu tempat pertama kami ialah kedai makan untuk sarapan. Aku sarapan nasi lemak. Sila tengok Korean boy ni makan ape.. tak habis-habis dengan gajah dia.. siap dia bagi gajah tu makan sosej.. hihihi..


Lepas sarapan, kami jalan-jalan di Raja Hill Strawberry.. kat area sini kami beli souvenir untuk abah, mak, adik beradik dan kawan-kawan. Banyak gak la memborong.. dengan teh strawberry la.. berapa kotak beli.. huhuhu!



After ke Raja Hill Strawberry, kami ke Rose Centre Cameron Highland.. tempat ni banyak bunga… segar-segar wooo.. huhuhu.. memang best! Kami naik sehingga puncak.. sangat sejuk.. pekerja kat situ pun peramah. Siap boleh berbual dan kenalkan bunga-bunga yang ada.. hihihi..










Masa tidur kat hotel tu, aku terasa sejuk sangat sehingga suhu badan aku naik tinggi dan aku kena demam panas. Abang aku pun sama.. yang aku pelik, akak ipar dengan darwisy pula steady.. tak de sakit-sakit. Masa pergi je akak ipar dengan darwisy muntah-muntah.  Bila dah sampai atas, aku dengan abang aku pula yang teruk.. hihihi.. itulah akibat kenakan orang je… Ce tengok gambar-gambar yang atas.. masa pergi rose centre. Mata aku bengkak kan.. hihihi..







Selepas ke Rose Centre Cameron Highland, kami berhenti di S’ Corner Kea Farm untuk bergambar dan berhenti minum di Time Tunnel Café. Café ni memang comel.. rekaan dia macam warung zaman dulu-dulu tau.. kat sini ada tempat untuk kita petik sendiri buah strawberry. Lepas petik bayar okeh.. jangan terus berlalu pergi.. huhuhu.. kat sini aku order ice blended strawberry smoothies. Abang aku tea strawberry bharat dan akak ipar Milky Strawberry Smoothies. Makan strawberry bread. Memang sedap! Gambar mana?? oppsss sorry dear, gambar tak sempat nak ambil sebab terlampau kebulur.. hihi..


Itulah cerita pengalaman aku ke cameron higland.. memang menyeronokkan. Tapi kalau ditanya, nak pergi cameron lagi tak?? hmm, rasanya tak nak kot. sebab aku dah rasa puas sangat berjalan kat atas tu. semua tempat yang aku teringin nak pergi, aku dah pergi. Alhamdulillah.. siapa yang belum pernah pergi, cuba la rasai keindahan alam yang begitu mendamaikan disana.. ^_^

HOt SpRiNgS, Sg kLaH sUnGkAi PeRaK

Assalamualaikum.. 

Memandangkan cuti semester dah bermula, boleh la tulis entry banyak-banyakkan..  entry kali ini nak cerita tentang hot springs Sungai Klah.. korang tahu tak tempat ni.. mesti ada yang tak tau.. okeh, hot springs adalah kolam air panas di mana tempat ni terletak di Sungai Klah, Sungkai Perak..  tempat ini memang  menarik.. Untuk masuk ke tempat ini, korang perlu bayar RM12 je bagi dewasa. kanak-kanak tak berapa pasti. sebab masa aku pergi hari tu anak buah aku tak perlu bayar.. hasanah dan humairah bawah 3 tahun. so, tak di kenakan bayaran.. 


tempat ini di perkenalkan oleh kawan aku, masa kitorang nak buat projek video dokumentari untuk subjek studio multimedia. memang sangat-sangat menarik. di bawah ini ada video dokumentari yang di buat oleh kumpulan kami. projek kami ni dapat yang terbaik tau..  Boleh klik PLAY untuk menonton.. hihihi~ ^_^ boleh download untuk nampak lebih clear. kalau tengok online macam pecah videonya. melainkan internet ko laju.


lepas habis exam hari tu, aku bawa famly aku tidur kat rumah sewa aku. keesokkan harinya barulah  bawak famly aku mandi-mandi kat TRAP (Taman Rekreasi Air Panas) . akak aku dan anak buah aku pun ada. memang seronok la diorang. Aku bawak mak abah datang sini pun sebab nak suruh kaki mak berendam dekat air panas tu. kaki mak aku kan baru operation hari tu. Mak pun rasa happy je bila dapat berendam kaki kat situ. Abah pun sama. masa on the way nak ke kereta, aku tanya kat abah.. macam mana rasa badan abah. okeh tak? abah kata, badan rasa selesa sangat-sangat. memang tak rugi pergi.. hik3!! seronok sangat bila abah dan mak happy.. adik-adik pun sama. aiman sampai hari ni cakap kat aku, "kak tira, best la pergi tempat tu. adik asyik teringat je" hihihi.. entah awek mana dia dah teringat kat sana, dia kata la best..  so, dah penat mandi-mandi, abah pun dah tak larat nak drive kereta.. biasa la, bila kita mandi kolam atau laut, badan kita macam lenguh-lenguhkan. sebab banyak menggunakan pergerakan tangan dan kaki.. Jadi, aku la yang menjadi pilot kedua. memandu pada malam itu.. bertolak dari sana pukul 7 Malam, singgah di Dengkil untuk solat dan minum-minum supaya tak mengantuk dan sampai di melaka jam 12.30 pagi.. itu lah ceritanya. Kolam air panas Sungai Klah ni paling terbaik aku rasa. sangat best dan puas hati. Bolehlah korang datang bawak famly. 

Okeh, aku nak pesan, korang tengok gambar bawah ni tak berapa nak banyak. Nak tengok keseluruhan Kolam air panas ni, korang boleh tengok kat video dokumentari yang aku buat tu k. Memang seronok! enjoy this pic! ^_^

Untuk pergi ke kolam air panas ini, perlu manaiki tramp.

destinasi pertama, kolam air panas. pelik puteri dua orang ni, x rasa panas pun.. pantang jumpa air.. hihihi 
waktu membilas. air yang ini sejuk sangat-sangat 


next station, tempat rebus telur..
ini tempat rendam kaki. tapi saya dan aiman kerjakan telur yang kitorg rebus kat kolam yang panas tu..lihat hero saya.. sudah termenung dan keletihan.. hihihi..


saya dan super mommy.. huhuhu.. puteri nur humairah pun pandang camera.. =) 


 Time nak balik. lepas bersihkan diri, acik silah dan acik tyra pimpin tangan puteri hasanah. kitorang dah macam bodyguard dia tau.. jangan main-main.. puteri ni.. hihihi! ^_^



ok.. itu je lah cerita dari aku.. mintak maaf sangat-sangat, gambar yang aku letak tak berapa banyak, sebab masa ni saya sibuk melayan karenah anak-anak buah. layan itu ini.. hihihi.. macam anak sendiri.. ^_^ gambar-gambar ni pun mintak kat akak aku, sebab dia tak mandi time tu. kitorang yang over excited.. ngeh3! untuk lihat tempat-tempat yang ada di hot springs ini, kalian wajib tengok video dokumentari tu tau.. okehlah.. papai~ =)

゚*゚o。゚o゚ ..Kembali Semula..゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

Bismillahirahmanirahim. 

Hye2 semua.. apa khabar.. Selamat Tahun Baru.. (even dh basi pun, still nk wish jugak) ^_^  Seronokan bila tengok header baru, background baru, lagu baru, cerita baru.. hik3!! perubahan untuk tahun 2014.. tahun ini perlu lebih baik dari tahun lepas tau! =)
ok.. tahun baru, azam baru. jangan kata anda nak berazam tahun ini untuk melakukan azam yang x tercapai tahun lepas okeh! huhuhu.. setiap orang akan melaksanakan azamnya dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai. dan begitu juga dengan saya. Alhamdulillah, azam saya yang lepas, tercapai semuanya. maybe, berkat doa orang tua. segala hasrat yang kita inginkan, semua tercapai. syukur sangat.. 

ok, minggu ini, dan bulan baru ini adalah bulan yang paling buzy. yela.. minggu exam. time ni memang tekanan buat semua orang. mana tak nya.. time nak exam, ada je kengkawan yang masih tak hantar assignment. ada yang lecture buat asignment tambahan.. giler ko nyah! mana nak buat time-time gini kan. Alhamdulillah.. sem ni assignment saya di hantar dengan teratur. cuma, ada gak kerja last minute and than kelam kabut di buatnya. aish! bila masuk je sem baru, bajet nak berubah.. bila dh mula minggu ke-4, mulalah main game candy crush lah, facebook xpayah cakap lah kan.. 24 hour.. kalau laptop saya ni ada tangan, mau dia hantuk kepala saya kat dinding.. huhuhu! letih kot jadi laptop.. :p

setiap sem dah memang menjadi kebiasaan buat nota macam ni untuk exam. tapi pelik lah. kalau buat nota last minit lagi senang nak ingat.. tak tau kenapa jadi macam tu.. huhuhu.. oppss.. lupa nak pesan.. abaikan tulisan yang agak buruk tu yer.. hihihi! ^_^ 

 
apabila siap setiap bab, akan di stapler dan baca pada malam hari, sewaktu roomate nyenyak di buai mimpi, hihihi.. ^_^


Jangan rasa pelik yer. kenapa ada subjek teori etika dan moral. padahal Major saya Multimedia. huhuhu! saya ambil minor Pendidikan moral. ini kertas exam pendidikan moral untuk subjek Teori Etika dan Moral.  

semua sedang menanti tamat peperiksaan..   

time habis exam hari tu.. ini semua bakal-bakal cikgu tau.. InsyaAllah.. kalau rezeki itu milik kami semua.. Amin~   

 
dewan exam, time dah kosong..  

ok, next topic, cerita tentang tempat kediaman saya untuk sem depan. saya dah x duduk kolej dah. saya kena duduk luar. sedih juga nak kena tinggalkan kolej yang saya sayang ni. so, lepas ni kena la daftar kat unit kediaman luar kampus (UKLK)

  
hari tu.. kawan serumah saya dah tolong carikan rumah.. agak terkejutlah bila diorang ni carikan, rumah banglo.. 3 tingkat..7 bilik.. hihihi.. seronok x terkatalah.. duduk 9 orang. masih ada satu lagi bilik kosong.. ada sape-sape nak duduk?? hihihi.. Alhamdulillah.. rumah ni sempurna sangat, ada katil, almari, TV, dapur gas, peti ais, sofa.. lengkaplah.. sebulan RM100 je belum termasuk air, elektrik dan wifi. memang berbaloi-baloi lar.. huhuhu..  

 Bila dah dapat rumah, tu yang bersemangat kemas bilik yang kat kolej ni.. hik3!! tengok, sampah untuk 1 semester. itu x kira habuk lagi.. memang banyak! ngeh3!! time ni roomate dah balik kampung. so duduk bertemankan sampah-sampah ni lah.. hahaha!! 

ini barang yang dah siap d kemas untuk tinggalkan kat rumah sewa, dan bawa pulang ke kampung. yeeepppiii!! ^_^ 

okeh la.. cukup la.. sampai di sini je lah yer cerita saya untuk pembuka tirai tahun 2014 ni. saya sebenarnya banyak nak kongsikan di sini. tapi xde masa terluang. bila ada masa nanti, saya nak cerita tentang cameron highland and bukit melawati.. tunggu next entry yer! insyaAllah.. bye2 pembaca belog saya.. muah3x! ^_^

By :
Free Blog Templates