CaMeRoN HiGhLaNd

 Salam readers! 2.13 pagi yang indah.. belek-belek gambar lepas, terbuka folder pergi Cameron highland tahun lalu. 17 oktober 2013 kenangan terindah bersama abang dan akak ipar serta budak comel ala-ala Korean boy, si daim darwisy.. tak dela basi sangat kan cerita aku.. jarak berapa bulan je kan.. lantak lar. Yang penting dah pernah janji nak update tentang Cameron kan..kan..kan.. ngeh3!!

Ok, cerita bermula apabila abang aku menyatakan hasrat hatinya nak hantar aku balik Tanjong Malim. Terdetik dalam hati, apa mimpi orang tua ni nak hantar aku balik UPSI.. selama ni aku naik bus relax je.. hahaha!!  Rupa-rupanya nak buat surprise untuk isteri tersayang..hok alor! Romantic lar konon-konon.. ngeh3!! Abang aku dah cadang dengan aku seminggu awal. So, bermulalah lakonan kami berdua ni. Duk lar cover supaya kak ipaq ni xtau. Penah sekali aku call abang aku, masa tu dia dalam kereta. Phone dia connect bluetooth dalam kereta, so, bila call conferm 1 kereta dengar. Aku pun  boleh tanya dengan slumber “assalamualaikum bro! Jadi tak nak pergi Cameron?? Bang srap kata nak antar tyra balik kn??” tetiba.. tutt..tutt..tutt.. aku pun macam pelik jew.. tetiba mesej masuk.. “kenapa gi call abang cakap nak g Cameron?? Aby ada la”.. hok alor! Mana nak tahu.. fon kita bukan ada CCTV… huhuhu! Tapi akak ipar aku x syak pape pun.. masih Berjaya di selamatkan misi kami…

Sampai hari, masa dan waktu untuk kami pergi sana, kak ipar aku pun siap-siap lar barang untuk hantar aku. Abang aku ni duk lar merapu kata nak pergi antar aku balik pastu terus balik melaka. Tak tido mana-mana.. aku pulak mula mereka rancangan, konon-konon nak pergi mandi kat kolam air panas. So kak ipar kenalah bawa pakaian kan.. hihihi.. dah selamat part pakaian dah.. lega2..

Dalam perjalanan,, aku duduk depan, memandangkan korean boy ni lasak, nak tempat luas je, so dia dengan mamanya duduk belakang. Aku duduk depan. Tukang tunjuk jalan. Huhuhu.. penah sekali Korean boy tu tak kasi aku naik kereta papa dia.. kedekut betol.. dia kata, “acik.. tuwon la.. acik.. tuwon.. duk luar” hahaha!! Kureng asam betol awisy cenonet ni.. dia tak berapa kenal aku sebab aku kan merantau.. kejap ada, kejap tak de. Bila balik duk usik dia jelah keje aku.

Ok, setelah sampai di tol tapah, kami pun keluar dan mencari simpang untuk ke Tanah Rata. Tanah Rata ni nama tempat tau. Senang je jalan nak ke Cameron ni.. Cuma korang akan rasa pening-pening, loyer-loyer ibarat korang mengandung2 bulan.. time perjalanan kami ni, kak aby dengan darwisy je yang muntah-muntah.. aku dengan abang aku still steady.. tak boleh belah time ni. Duk gelak-gelak kan akak ipar. Dia pelik, kenapa kolam air panas yang kitorang nak bawa ni atas bukit. Hohoho.. aku pun kata kat dia, tempat air panas kitorang bawak ni special.. dia dari atas gunung.. yang abang aku pun, iya kan je.. dalam perjalanan tu aku terasa pelik, tak de langsung sign board tulis ke Cameron.. lagi senang la nak menipu akak ipar aku ni.. hihihi.. akak ipar aku tak pernah datang Cameron. lagi mudah la kerja aku dengan abang aku nak kena kan dia… hihihi..

Setelah menempuh jalan yang penuh berliku-liku, kami pun tiba la di Ringlet. So, terkantoi la di sini.. tengah aku berbual dengan abang aku, akak ipar pun mencelah..

kak aby: “abang! Abang.. kita ni kat Cameron highland heh??”
abang aku: “eh, xlah.. mengarut je b ni.. kan nak pergi kolam air panas”
kak aby: “alah.. abang tipu.. aby Nampak kat kedai tadi ada tulis selamat datang ke cameron highland”.
Aku: gelak2..
Abang aku: “orang tu salah tulis tu. Cameron highland jauh. Mana ada kat sini”
Kak aby: “hah! Tuuuuuu.. tengok tu”


Amikkkkaawww! Beso giler strawberry.. siap ada tulis “Selamat Datang Ke Cameron Highland”. Kantoi suda.. hahahha!! Akak ipar aku punya la happy giler! Tak tau aku nak tunjuk camner dia punya gembira.. hihihi.. rupa-rupanya, dia memang teringin nak pergi cameron sebelum ni.. tu yang abang aku bawa. Abang aku ni dia tak reti nak tunjuk romentik dia. Tapi dengan cara macam ni dia tunjuk kan sayang dia kat isteri dia.. so sweet! best kot tengok diorang masa pergi Cameron ni.. tertiba mula la hati ni terdetik, bestnya ada suami. Boleh jadikan sebagai teman, kawan, sahabat.. hihihi.. eh! kau kenapa tyra?? bukan sama erti ke semua tu… hahahah!!


Tempat pertama kami berhenti di Cameron Valley. Kat sini kami berhenti untuk tengok permandangan indah ladang teh.. memang cantik. Siap ada air terjun kat bawah tu. Tapi kami tak turun sampai bawah.








After ke Cameron valley, kami pergi ke Healthy Strawberry Farm. Kat sini memang best! Korang boleh lihat banyak strawberry. Ada jual coklat strawberry, air strawberry, souvenir dan macam-macam lagi.. so, kami decide untuk makan dan minum di situ..










Selepas ke Healthy Strawberry Farm, dah makan-makan, tiba-tiba abang aku tanya..

Abang aku: “tyra.. esok kelas pukul berapa??”
Aku: “pukul 8 sampai 10. Pastu 11 sampai 12.. petang pukul 3 sampai 5. Kenapa??”
Abang aku: “abang macam tak larat nak turun balik la.. badan abang letih”

Dalam hati: ah! Suda.. cm ne ni… esok aq ada 3 kelas..

Aku: “Lar.. ye ke.. cam ne ni? Esok tyra banyak kelas la..”
Abang aku: “nak balik juga boleh, tapi kena rehat kat sini lama sikit la. Dalam pukul 6.30 petang kita turun”
Aku: “urm, xpe lah bang srap.. kita tido sini je lah.. tyra pun malas gak nak pergi kelas esok…”

Dalam hati, risau jugak tak pergi kelas. 2 jam lak tu.. dalam masa yang sama, aku perlu pikir keselamatan juga. tak kan nak suruh abang aku drive dalam keadaan letih kan.. korang tak payah lah pelik, kenapa aku tak drive.. memang tak la abang aku nak bagi bawak kereta dia.. dia tak kan kasi aku atau isteri dia bawak.. dia tak yakin.. hmm.. kelas..oh kelas! abis la cm ni.. huhuhu

Abang aku: "xpe ke??"
Aku: "tyra okeh je.. lagi pun tyra tak penah ponteng pun kelas tu.. hihihi.."


Aku memang seorang yang baik.. selalu menggunakan ponteng kelas time2 terdesak seperti ini.. kita perlu bijak merancang okeh! Huhuhu.. So, kami pun cari lar hotel di pekan Brinchang.. cari punya cari, jumpa la hotel yang murah ni.. memang selesa.. oh, lupa nak kasi tau.. hotel-hotel kat sini banyak yang tak de air-cond ok..  pakai kipas. Sebab, kat sini cuacanya sangat lar sejuk.. mau 3 lapis selimut korang pakai tau.. sejuk yang teramat.. huhuhu..








Keesokan harinya, dalam pukul 8 lebih, kami keluar dari hotel untuk meneruskan penjelajahan kami di Cameron.. rugi kot datang jauh-jauh pastu tido je kat hotel 24 jam. Itu bukan prinsip keluarga kami. Dari kecik abah dah ajar, kalau pergi jalan-jalan, jangan nak duduk hotel je.. pergi keluar jalan-jalan. Tengok tempat orang. Kalau order makanan pun, abah selalu pesan, rasa masakan orang sana. Jangan nak makan KFC ke ape.. rugi je pergi tempat orang.. so, benda-benda ni dah jadi peringatan buat kami adik beradik.. hihihi..


Pagi tu tempat pertama kami ialah kedai makan untuk sarapan. Aku sarapan nasi lemak. Sila tengok Korean boy ni makan ape.. tak habis-habis dengan gajah dia.. siap dia bagi gajah tu makan sosej.. hihihi..


Lepas sarapan, kami jalan-jalan di Raja Hill Strawberry.. kat area sini kami beli souvenir untuk abah, mak, adik beradik dan kawan-kawan. Banyak gak la memborong.. dengan teh strawberry la.. berapa kotak beli.. huhuhu!



After ke Raja Hill Strawberry, kami ke Rose Centre Cameron Highland.. tempat ni banyak bunga… segar-segar wooo.. huhuhu.. memang best! Kami naik sehingga puncak.. sangat sejuk.. pekerja kat situ pun peramah. Siap boleh berbual dan kenalkan bunga-bunga yang ada.. hihihi..










Masa tidur kat hotel tu, aku terasa sejuk sangat sehingga suhu badan aku naik tinggi dan aku kena demam panas. Abang aku pun sama.. yang aku pelik, akak ipar dengan darwisy pula steady.. tak de sakit-sakit. Masa pergi je akak ipar dengan darwisy muntah-muntah.  Bila dah sampai atas, aku dengan abang aku pula yang teruk.. hihihi.. itulah akibat kenakan orang je… Ce tengok gambar-gambar yang atas.. masa pergi rose centre. Mata aku bengkak kan.. hihihi..







Selepas ke Rose Centre Cameron Highland, kami berhenti di S’ Corner Kea Farm untuk bergambar dan berhenti minum di Time Tunnel Café. Café ni memang comel.. rekaan dia macam warung zaman dulu-dulu tau.. kat sini ada tempat untuk kita petik sendiri buah strawberry. Lepas petik bayar okeh.. jangan terus berlalu pergi.. huhuhu.. kat sini aku order ice blended strawberry smoothies. Abang aku tea strawberry bharat dan akak ipar Milky Strawberry Smoothies. Makan strawberry bread. Memang sedap! Gambar mana?? oppsss sorry dear, gambar tak sempat nak ambil sebab terlampau kebulur.. hihi..


Itulah cerita pengalaman aku ke cameron higland.. memang menyeronokkan. Tapi kalau ditanya, nak pergi cameron lagi tak?? hmm, rasanya tak nak kot. sebab aku dah rasa puas sangat berjalan kat atas tu. semua tempat yang aku teringin nak pergi, aku dah pergi. Alhamdulillah.. siapa yang belum pernah pergi, cuba la rasai keindahan alam yang begitu mendamaikan disana.. ^_^

0 comments:

By :
Free Blog Templates