PaKu Oh PaKu

Sedihnya hari ni. tak tahu macam boleh jadi macam ni. Mungkin duk usha orang, hambik kau! kaki terpijak paku KARAT.. aduh.. -_- iskk..isk..

Ceritanya begini:

Aku tengah jalan kat parking blok lecture.. tengah aku berjalan, tagggg!!! adeh.. aku tak tahu apa yang sedang tercucuk di kaki ku.. aku still boleh gelak lagi.. kak sue dengan kak F (pegawai aku) terkejut.. dia pun tanya, " eh kenapa ni".. sebab diorang nampak aku dah jalan terhenjut-henjut. aku ckp, "tak tau la kak".. aku buka la sandle yang aku pakai.. tapi tak boleh.. aik.. paku dah tercucuk kat sandle aku sekali dengan tapak kaki aku. haha! sambil terbongkok-bongkok aku angkat kaki, Ya Allah, besarnye paku! aku tarik la paku tu dengan slumber.. aduh!! sakit nye.. tapi, boleh cover lagi.. sebab depan akak-akak ni.. aku tak suka menyusahkan orang.. walaupn diri sndiri yang sakit.. 

Sampai je kat ofis, aku tengoklah kaki aku.. perghh.. darah! tengah aku tengok kaki aku ni, kak Dura terpandang.. "ish, tira kenapa ni??". aku pun cerita la pada dia, yang kaki aku tercucuk paku.. kak Sue dengan kak F pun dengar.. dia datang kat tempat aku dan tengok luka aku ni.. fuh!! tak tahu nak kata apa..aku pun lap la darah yang banyak tuu.. Dengan sepantas kilat kak F terus ajak aku pergi klinik.. kak Mar bagi pinjam kereta dia.. kak Dura follow kami..
Aku dh mula terfikir yang aku dah menyusahkan semua orang. hurm...  sampai kat klinik aku kena masuk bahagian kecemasan. Dapatlah  free injection, balut kaki dan ubat. Yang buat aku sakit hati doktor tu kata aku punya kaki okeh. Padahal aku rasa perit lagi.
Aku pun balik ke office semula. Sampai kat ofis, semua tanya.. macam mana kaki aku.. dah ok tak?? Encik Nazri, Encik Zam, Encik Mad Nor, abang Khairul, Abang zaihan, kak Sue dan Kak Mar semua tanya..  Rasa diri ini di sayangi.. hik3!! 



Time rehat aku balik quartes dengan kak Dura. Sebab aku rasa letih sangat. Kaki aku berdenyut. aku mengadu pada kak Dura. kak Dura cakap dia nak tengok kaki aku. Dia picit-picit tempat tercucuk tu. Dia kata macam ada lagi serpihan. 10 minit dia kerjakan kaki aku, akhirnya terkeluar serpihan paku karat yang ada kt kaki aku. fuh! Perit betul.. kalau aku tahu kak Dura boleh buat, tak payah aku susah-susah pergi klinik. Doktor kata kaki aku tak de apa-apa kan! haa.. Cuba bayangkan kalau aku biarkan kaki aku sakit, apa agaknya terjadi pada kaki aku dan serpihan paku karat tu kan.. Apa akan terjadi yer? Renung-renungkan. 

BrOaDBaNd


Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga hajat nak beli broadband. Aku beli Celcom yang pakej pelajar.  Harga rm159, tiap-tiap bulan hanya rm50 sahaja. Speed dia buat masa ni aku pakai okeh laa. Tapi kena tengok pada kawasan. Ada tempat tak dapat line internet. Aku beli ni bukanya saje-saje. Aku dah tak tahan nak tangguh kerja aku yang melambak tu. Asal nak guna internet je nak kena tunggu wifi kat office. Bila balik quartes, dah tak boleh nak buat kerja. Aku sekarang tengah berpraktikal kat Politeknik Merlimau. Banyak kerja aku kena buat. Salah satunya menghasilkan sistem. Nak buat benda tu bukanya boleh refer pada buku semata-mata. Rujukan lain pun perlu guna jugak. Siapa yang rasa amat memerlukan internet yang boleh dibawa ke sana sini, silalah beli yer. Pastikan anda berpuas hati. Oh, lupa pula. Sim dari broadband ni boleh dimasukkan ke dalam phone jugak tau. Jadi tak membazirkan kalau you all guna.. 


By :
Free Blog Templates