゚*゚o。゚o゚ ..Tentang Kehidupan...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

Assalamualaikum~

petang yang indah ni hujan turun renyai-renyai. mujur semester ni jadual x padat. Jadi, kelas dari jam 11 pagi sampai 1 tgh hari. semester ni memang santai sikit la berbanding dengan semester lepas. semester lepas siap menangis-nangis sebab kerja dan kelas ganti yang terlampau banyak. tapi, semester ni, mungkin tidak, jika saya dapat siapakan kerja dengan cepat.. heheh! ^_^

ok.. berbeza dari semester yang lepas. semester kali ni saya keseorangan.. semua sahabat saya telah berpindah ke kolej baru. termasuk la roomate kesayangan saya tu.. sob..sob..sob.. ='( sedih wooo.. 

tapi keseorangan x bermakna kita akan kesepian.. hihihi.. pada mulanya, memang agak kekok bila duduk dengan kawan-kawan baru. even mereka yang duduk serumah dengan saya ni, my classmate. saya tetap malu.. ngeh3!! biasa la.. baru-baru memang cengini... :p sifat semula jadi yang ada dalam diri ini.. hahaha tapi orang kata, xkenal maka x cinta.. bila saya dh duduk beberapa hari dengan mereka, baru tau perangai masing-masing. memang terbaik lar. huhuhu.. sekepala dengan saya. diowang memang best! ^_^

kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. saya pun betul-betul x sangka dengan kehidupan sekarang. sangat tenang dan mendamaikan. opsss, ceq lupa nk habaq kat hampa.. sem ni, ceq xdok roomate.. jadi, ceq nak share la pic bilik yang telah berjaya ceq conquer.. huhuhu..

enjoy this pic

Ala-ala dapur gitu~ segala makan saya letak kat citu ^_^

kalau saya study, saya akan buka tingkap luas-luas. n then, pandang kat langit, ada bulan di situ.. hihihi.. time tu, akan terbayang muka yang di rindui..
 
sepatutnya almari ni seorang separuh. tapi saya ambil dua-dua belah.. keh..keh..keh.. :p

 doraemon perlu ada okeh! ^_^

 katil ni slalu buat tempat letak sejadah dan telekung.. 

Kadang-kadang Allah beri kita hujan, Kita tanya mana matahari?, Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi, Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat, Kita tanya mana bulan?, Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang.
 
bersyukurlah dengan setiap pemberianNya. jangan sesekali kita menyesali dengan apa yang telah kita perolehi. Sesungguhnya yang baik itu datang dri Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri kita sendiri.. Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita. Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita. Jadi, dengan kehidupan hari ini, aku perlu belajar untuk berdikari. bukan untuk hari ini, tapi untuk selama-lamanya.. =)

゚*゚o。゚o゚ ..Results oh Results...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚


 Pagi yang indah.. :) n3 kali ni nak cerita tentang result saya.. wah! Alhamdulillah. Result saya naik sikit dari semester lepas. Syukur sangat-sangat. Btol-betol xsangka. Subjek yang paling saya takut, HCI (human computer interation). Ya Allah. Subjek ni memang susah bangat. Masa saya check results saya, subjek yang first saya tgk, HCI. Saya takut sangat kalau saya kena ulang semula subjek tu. Saya xnak belajar lagi subjek tu. Tapi Alhamdulillah. Subjek tu lepas juga.. ^_^ berkali-kali ucapkan tahniah pada diri sendiri.. kikikiki.. :p



tempat duduk nun jauh d sana ^_^ ta de peluang nak meniru langsung :p sebab pemeriksa jaga d belakang. hahahaha!! ^_^



urm, begitu juga dengan subjek yang lain. Seperti database dan graphic pn saya risau. Semua tu subjek major. Bahaya kalau xdapat buat dengan baik. Hmm, lega rasa bila pass semua subjek. Ini semua berkat doa dan usaha saya dan rakan-rakan. Memang x di nafikan. Housmate saya, yaya dan zila memang banyak membantu saya. Banyak benda yang saya belajar dari mereka. Memandangkan yang kami ni sentiasa bersama d mana jua, memudahkan kami untuk belajar dan berbincang bersama. Mereka memang pandai. Banyak pengalaman dan kadang-kadang rasa rendah diri sangat berkawan dengan mereka.

 

Syukur sangat memiliki sahabat yang memahami kita. Walaupun kadang-kadang kitowg ada selisih faham, tapi x smpai berapa minit, kitowg akan baik semula.. ^_^ macam budak kecik kan. :p Hihihi.. jasa kalian tetap saya kenang sampai bila-bila.. 

Senyuman terukir di bintang.. ^_^

mak yang paling terbaik di dunia.. :) sayang sangat-sangat ratu hati ku <3 span="">

Lepas dapat tau result tu, terus print dan tunjuk kat parent. Abah dan mak pun gembira. Alhamdulillah.. esok nye abah dan mak buat surprise. Xsangka betol! First time dalam hidup breakfast kepci .. hihihi.. ^_^ saya memang kampung sikit. huhuhu.. :p 

bersama yang tersayang <3 span="">

nyum3x ^_^

kepci yang terbaru. ada udang tau.. ^_^ 

pepagi buta. lum ade orang datang makan kepci..^_^ 

ok la.. saya kena berhenti taip entry ni. anak buah dah mula nak mengusik laptop saya ni. dua orang yang dah pandai berjalan sekarang ni, membuatkan mokde nya pening kepala. hihihi... ^_^
kenangan yg x dapat di lupakan apabila pulang ke Tg Malim nanti.. ^_^

tata~ 

゚*゚o。゚o゚ ..Mini Reunion...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

  
Hye u olls.. ^_^ n3 kali ni nak cerita tentang reunion saya dengan girl-girl sy ni.. hehehe!! memang seronok kan jumpa sahabat lama. xtau cm ne nak tunjukan perasaan rindu tahap maximum pada girl-girl sy ni.. uhmm.. susah kot nak lupa kan diowg. :') xsme dengan yang lain. diowang ni memang sekepala dengan saya. rasanya mcm nak peluk ketat-ketat je diowg ni.. miss sangat-sangat. urm,, bila agaknya dapat ketemu sama kalian lagi.. ;'(

 saya mula kan cerita okeh.. bebel je tak guna kan.. huhuhu.. urm, 10 Jan 2013 tarikh yang di nanti2 kan oleh saya untuk berjumpa dengan bestfriends@housmate@classmate saya yang comel2 ni.. huhuhu.. saya pergi K.L naik bus dari tanjong malim. naik bus memang menyeronokan. tambahan pula, hari khamis. so, xde la berebut tempat duduk. selalunya bila mereka-mereka ni naik bus, mereka xkan duduk ikut nombor. sebab dekat je. T.M ke K.L . xkan nak skema sangat kan.. nak duduk ikut nombor seat. huhuhu.. lain la klu Peneng ke Melaka. conferm mengamuk bila orang amik seat kita. nak2 single seat. hahaha!! 


ok..sampai je kat pudu, kawan saya nad, dah tunggu kat sana. biasa la. saya ni kampung kot.. mane nak tau area mid valley tu kt mana.. hahaha!! nak2 naik LRT. so, cakap siap2 kat nad, suruh tunggu kat pudu. jangan lari ke mana-mana. hihihi.. yang menyeronokan, mereka-mereka ni kena tunggu saya. kesian kan.. ye la.. yang paling jauh kan saya. diowng ni still kat area K.L. saya je yang tercampak ke utara sana. huhuhu.. jadi, dila dengan huda dah siap sedia tunggu di mid valley. saya dengan nad je yang terhegeh2 nak sampai ke sana. hik3.. :p kenal x nad yang mane?? klu x kenal, sila lihat pic d atas. awek ciut miut.. huhuhu..



sampai je kat mid valley, makcik ketot ni pun bersuara la menyatakan hasrat nya yang suci lagi murni tu pada saya. dia kata nak belanja dominos pizza. wah!! memula x caye gak.. ;) hati dah melonjak kegembiraan. keh..keh..keh.. orang nak belanja. sape xnak.. ^_^ lepas order dominos, saya dan nad pun pergi la mencari makcik dua orang lagi. kami xmakan kat dominos. sebab nak pergi cari dila dan huda. memang time tu, saya dengan nad rasa dah macam explorace la.. serius penat sangat-sangat. dengan bawak dominos lagi. kesian dominos, mesti pening kat dalam kotak tu kan.. :p cari diowang bagai kan mencari emas permata.. :) hahaha!! akhirnya jumpa mereka kat depan food court dengan perut yang suda kenyang. terutama dila. memang nampak kebuncitan perut dia. sampai hati dia x tunggu kitowng untuk makan bersama kelakar time tu.. :p cam ne dengan dominos pizza?? huhuhu




ini lah muka-muka yang bahagia dapat ketemu.. :p


jeng..jeng..jeng!! hehehe! tetiba makan kat dominos kan.. huhuhu.. ini la keberanian mereka-mereka ni. memang x malu langsung. berani betol. slumber je masuk semula makan kat tempat dominos tu. hahaha!! time tu saya rasa macam malu je. keh..keh..keh.. tapi diowang x malu pun. nad siap kat, "xyah malu. kita kan bayar". cehwah! berani betol ketot ni.. ^_^ so, nad pn order lagi spghetti, bun cheese n air. kesian nad. banyak betol dia belanja. semoga Allah murah kan rezekinya. Amin.. :)




Lepas makan kenyang-kenyang, bergelak sakan sampai x hiraukan orang sekeliling, kitowang pun keluar la dari dominos pizza dan pusing-pusing kat mid valley. sampai la penghujung, nampk bowling, terus tuju ke sana. ^_^ 3 game kitowng main. sakit jari.. :p memang seronok main bowling. mengamit nostalgia masa kami main kat peneng dulu..



ini nama-nama kami.. kerja huda semuanya.. huhuhu.. teringat pangilan kitowang masa kt politeknik dulu :')





3 kepala ^_^



makcik dungga kalah.. :p kah..kah..kah

lepas main bowling, kami pun bergambar sakan la di mid valley. untuk buat simpanan di hari tua. hahaha! 


dah bergambar puas-puas, kami pun pergi solat zohor. ^_^ 





dan ini yang terakhirnya... saat-saat nak berpisah. kami bergambar bersama.

dila n me <3 span="">




dah sampai kat tempat tunggu train. kami pun berpisah. dila balik ke UKM bangi. huda pergi ke sungai besi, nad balik Bandar Tun Razar (BTR) dan saya balik sorang-sorang ke pudu dan beli tiket ke Tanjong Malim. time tu sedih je nak berpisah dengan mereka. sedih sangat-sangat. bila agaknya dapat bertemu lagi kan.. isk..isk..isk.. :') 

tata ^_^

By :
Free Blog Templates