゚*゚o。゚o゚ ..Tentang Kehidupan...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

Assalamualaikum~

petang yang indah ni hujan turun renyai-renyai. mujur semester ni jadual x padat. Jadi, kelas dari jam 11 pagi sampai 1 tgh hari. semester ni memang santai sikit la berbanding dengan semester lepas. semester lepas siap menangis-nangis sebab kerja dan kelas ganti yang terlampau banyak. tapi, semester ni, mungkin tidak, jika saya dapat siapakan kerja dengan cepat.. heheh! ^_^

ok.. berbeza dari semester yang lepas. semester kali ni saya keseorangan.. semua sahabat saya telah berpindah ke kolej baru. termasuk la roomate kesayangan saya tu.. sob..sob..sob.. ='( sedih wooo.. 

tapi keseorangan x bermakna kita akan kesepian.. hihihi.. pada mulanya, memang agak kekok bila duduk dengan kawan-kawan baru. even mereka yang duduk serumah dengan saya ni, my classmate. saya tetap malu.. ngeh3!! biasa la.. baru-baru memang cengini... :p sifat semula jadi yang ada dalam diri ini.. hahaha tapi orang kata, xkenal maka x cinta.. bila saya dh duduk beberapa hari dengan mereka, baru tau perangai masing-masing. memang terbaik lar. huhuhu.. sekepala dengan saya. diowang memang best! ^_^

kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. saya pun betul-betul x sangka dengan kehidupan sekarang. sangat tenang dan mendamaikan. opsss, ceq lupa nk habaq kat hampa.. sem ni, ceq xdok roomate.. jadi, ceq nak share la pic bilik yang telah berjaya ceq conquer.. huhuhu..

enjoy this pic

Ala-ala dapur gitu~ segala makan saya letak kat citu ^_^

kalau saya study, saya akan buka tingkap luas-luas. n then, pandang kat langit, ada bulan di situ.. hihihi.. time tu, akan terbayang muka yang di rindui..
 
sepatutnya almari ni seorang separuh. tapi saya ambil dua-dua belah.. keh..keh..keh.. :p

 doraemon perlu ada okeh! ^_^

 katil ni slalu buat tempat letak sejadah dan telekung.. 

Kadang-kadang Allah beri kita hujan, Kita tanya mana matahari?, Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi, Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat, Kita tanya mana bulan?, Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang.
 
bersyukurlah dengan setiap pemberianNya. jangan sesekali kita menyesali dengan apa yang telah kita perolehi. Sesungguhnya yang baik itu datang dri Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri kita sendiri.. Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita. Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita. Jadi, dengan kehidupan hari ini, aku perlu belajar untuk berdikari. bukan untuk hari ini, tapi untuk selama-lamanya.. =)

0 comments:

By :
Free Blog Templates