PeNgALaMan


Hari ni aku, Dila, Nad, Huda, Azim, Tengku, Nasrullah, dan Fie pergi mandi kat air terjun Sedim Kulim, Kedah. Okeh gak lar tempatnya. Sesuai untuk bawa keluarga datang mandi sini. Kitorang pergi naik kereta dan dua orang lagi kawan aku naik moto. Peneng dengan kulim ni kira okeh la dekatnya tuu.. muntah gak la kawan aku si Dila ni.. haha!

Sampai sana budak-budak lelaki ni terus terjun ke air dengan riang nye. Aku ni baru nak terhegeh-hegeh turun ke air. Sebab risau la licinkan. Aku tengok batu-batu kat situ pun banyak lumut. Okeh, sambil turun ke air tu, aku pegang tangan Dila, sebab rasa macam deras sangat air. Sampai dah kat  air, aku pun minta Dila lepaskan tangan dia. Tiba-tiba air tolak aku ke tengah dengan laju. Aku macam rasa tak sedar. Terus aku terbenam ke dalam air. Kaki aku tak jejak okeh time ni. Aku tak meronta-ronta pun. Aku biarkan je tubuh ni hanyut. Aku cuba sedaya upaya untuk naik. Tapi tak boleh. Aku tahan nafas semampu yang boleh. Memang aku dah fikir aku akan mati. Dalam fikiran aku masa tu aku terbayang wajah kawan-kawan aku yang pergi mandi air terjun dan wajah ibu bapa aku. Lepas tu sempat aku berkata dalam hati “Tak kan macam ni akhir hayat aku??”. Memang sedih.. dalam masa beberapa minit aku boleh rasakan semua tu. Tiba-tiba aku rasa leher aku di tarik. Muka aku mengadap ke atas. Kira aku dapat bernafas sikit. Sampai kaki aku terasa jejak kat tanah aku cuba untuk bangun. Alhamdulillah. Aku terselamat. Ujian dari Allah. Allah nak bagi aku ingat mati. Menangis aku bila aku dapat naik ke darat. Terus tak berani nak mandi lagi. 

Sampai sekarang okeh. Aku trauma nak mandi laut, kolam, air terjun atau seangkatan denganya. Kalau mandi laut, air paras dada je aku akan rasa berdebar-debar. Huhu! Padan muka kau thira. Berani sangat! Sesungguhnya sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. Selepas dari kejadian tu, aku lebih ingat pada Allah dan aku sentiasa berfikir bahawa mati boleh berlaku pada bila-bila masa.

Time balik tu Nasrullah tanya,

Nasrullah : “Kau tak pandai berenang heh thira?”

Aku : “Tak”

Nasrullah : “Aku ingat kau pandai berenang. Main-main nak lemas. Sebab relax je masa ko lemas tdi. Tak de meronta-ronta. Tapi aku memang dah terpikir, ko main-main atau tak, aku tetap selamatkan ko. Tapi nasib ko tak meronta-ronta. Kalau tak, susah aku nak tarik kau ke darat. Silap-silap aku pun lemas sekali”.

*Ini semua ujian Allah untuk menyedarkan aku. 


0 comments:

By :
Free Blog Templates