KaRniVaL KeRjAyA Di PWTC


Lama tak menaip kat blog ni. aku busy sekarang ni. siapkan report. Pening kepala oi.. okey, tolak tepi dulu pasal report. Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman ke PWTC. Aku pergi ni under Politeknik Merlimau Melaka. Ada program kerjaya kat sana. best jugak lar. syok bangat. Lecture pengiring En Arman. sampai sana, kami kena daftar JobStreet dulu. selesai isi daftar online tu, adalah sorang mamat ni. kerjanya tampal sticker JobStreet kat tepi lengan.. haish.. terkejut aku. pelik. boleh pula tampal macam tu. so, aku cabut balik stiker tu, aku letak kat tudung. tapi macam tak boleh lekat je, dah geram, aku tampal kat tapak tangan. haa.. boleh pun melekat..

pamplet yang aku dapat disetiap kiosk

Bila dah di lepaskan masuk kedalam dewan tu, aku pun pergi la merayau-rayau kat dalam tu. tengok-tengok peluang pekerjaan yang ada. bukan untuk hari ini, tapi untuk masa depan.. kak dura tak payah cakaplah.. dia memang banyak ambil pamplet..dia kan dah habis degreee.. masa ni la dia nak cari kerja.. untung dia.. tepat-tepat dia habis degree, dah dapat peluang pergi karnival ni.. tapi sayang, kerja-kerja ni pun kebanyakanya diorang ambil untuk kerja kat KL.. tu yang susah sikit kak Dura nak mintak.. dia tinggal kat Johor.. 

okeh sambung balik. tengah jalan-jalan, aku nampaklah 1 kiosk ni.. wah!! upin ipin.. ehem-ehem.. tempat kerja idaman aku ni.. huhu.. tapi dapat tengok abang-abang yang jaga kiosk tu je la.. tak dapat nak mohon kerja kat situ.. aku study pun tak habis lagi.. kalau tak, dah lama aku mohon. tengah  sibuk ambil pamplet sana sini, dengar ada pengumuman, kat bhagian atas ada temuduga terbuka untuk media prima.. wah! tapi tak minat lar.. ngeh3!! lepas naik atas, kami pergi bawah balik.. dah penat pusing satu dewan tu, kami pergi dewan sebelah pulak.. duduk-duduk kat situ, sebab kat situ tak ramai sangat orang.. nampak tak kebosanan aku pergi sana. hihi


lepas duduk-duduk, aku cakap dengan kak Dura, yang aku dah lapar.. ingat nak makan mc'd, tapi tak tahu la mc'd kat mana. aku bukannya biasa kat sini..  pergi tanya orang, ramai pulak tak tau.. mujur ada makcik ni yang tahu kat mana MC'D.. tapi luar kwasan PWTC.. kalau kitorang pergi, dah kira menyerong.. ngeh3!! tak apa.. shuuu.. rahsia tau.. kami terpaksalah pergi jugak. sebab dah teringin nak makan mc’d.. lagi satu, sebab aku nak belanja kak dura.. aku kan dah nak berpisah dengan kak dura..kak dura dah habis latihan industri… ahhhh.. sedih betul! kami pun pergi la menyeberang ke The Mall. Huk3!!


time ni memag kelakar.. nampk je mc’d, akulah macam orang paling tak betul.. seronok yang teramat.. sampai je sana, kak dura terus order apa yang dia nak.. saya pun keluarkan rm50.. dan bayar. oppss… lupa la nak cerita.. time kak dura order, En Arman pun call.. adush.. habis aku.. dia dah panggil balik.. macam mana ni.. saya dah takut dah.. kalau dia nampk kami bawak balik mc’d, mesti dia tahu yang kami dah serong ke tempat lain. Kak dura pun masukkan burger mc’d dengan kentang kami kat dalam beg.. air, dia pegang dan tutup dengan sweater.. lepas sampai kat bus, kami naik dengan muka yang slumber.. Duduk je kat seat kami, terus gelak.. memag lawak la.. dah la kami cuak nak bawak mc’d naik bus, lepastu dengan jalan kaki nak menghala ke bus tadi, bukan main laju.. tak tahan gelak bila pikirkn balik..  tak sampai berapa minit, handphone kak dura berbunyi... Encik arman call. Haha!! Kak dura tak berani nak jawab, dia bagi pada saya.. saya pun jawab fon tu.. En Arman tnya.. “wan baidura, kamu kat mane ni?? Bus nak jalan dah ni.” Tergelak saya dengar.. saya jawab.. “Encik, saya dah kat dalam bus ni.. ada kat belakang.” Encik Arman pun pandang.. lah! Dah naik rupanya.. dia pun tergelak.. Rupa-rupanya, dia tak perasan yang kami dah naik bus tdi. kiranya encik arman tak tahu yang kami ni paling lmbt.. huhu.. di sebabkan saya dan kak dura, semua tunggu lama kat dalam bus.. hik3!! itu sahaja kisah saya. sekian..

0 comments:

By :
Free Blog Templates