゚*゚o。゚o゚ ..AdViCe...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

hye2.. ^_^ sekarang ni masih mood bercuti.. so, semangat nak pergi ke kelas pun semakin merosot. Uuhahaha! :p bukan sebab negativity dramas okeh! Tapi sebab my mom masuk hospital.. hmm.. sangat sedih.. about negativity dramas?? Huhuhu! i hate negativity dramas. i try to stay away from them.. ini belog saya.. bukan tempat untuk cerita itu okeh!

around 3 week ni fikiran saya betol-betol serabut.. memandangkan saya perlu untuk bertanggungjawab terhadap dua-dua perkara ini. Iaitu, belajar dan mak saya. Tapi saya memilih emak saya dari segala-galanya. Setiap hari pikirkan tentang mak.. rasa x tenang je. Terpikir tentang kesihatanya.


sayang sangat kat emak.. 
30 mac 2013, mak saya masuk wad. Banyak kelas yang saya x hadir. Hampir seminggu saya x datang kelas. saya pun xtau kenapa berat hati ni bila mak masuk hospital. Seminggu saya d kampung, saya yang jaga mak di hospital dan bergilir-gilir dengan adik saya. memang semester ni redha je apa yang berlaku. rasanya banyak surat amaran yang akan saya terima. Assignment pun saya abaikan.



Masa mak sign untuk operation, muka mak sedih je.. mak saya takut sangat-sangat. Tapi saya kuatkan semangat mak. Supaya banyak bersabar dan berdoa.

Hari jumaat lepas, saya balik semula ke Melaka. After naik LRT kat Plaza Rakyat, saya ke TBS (Terminal Bas Selatan). Nak cerita kat u olls ni.. naik2 bus je, tgk2 seat sebelah saya lelaki. Lingkungan 40-an. Niat hati saya memang nak terus tidur je pas naik bus tu. Tiba-tiba hamba Allah yang duduk sebelah saya ni menegur,


pakcik: “Dik, de bau pape x??”
saya: “bau ape?”
pakcik: “bau macam kapur barus” (untuk org meninggal tu). 
saya: “xde pun pakcik” (reaksi muka agak marah sikit)
pakcik: “ke bau minyak wangi ko?”
saya: “ye ke pakcik? Tah lah”  (malas nak layan)

(sebenarnya bau minyak wangi budak belakang kitorang. Mmg x d nafikan, time pakcik tu tanya saya, budak tu baru je lalu. Memang harum semerbak minyak wangi dia. Tapi deria bau orang tua2.. tu yang jadi kapur barus.. hahaha!!)

Pastu pakcik tu tanya lagi:


pakcik: “dik, belajar lagi ke? Ke dah Kerja?”
saya: “belajar cik” (cakap sambil x pandang. Sangat-sangat x larat untuk berbual -_-)
Pakcik: “ko belajar kat mane?”
saya: “UPSI cik.. universiti pendidikan yg kt tanjong malim tu”
Pakcik: “Ooo.. bakal cikgu la ni..”
Saya: “x tentu gak pakcik.. rezeki masing-masing” (pandang pakcik tu dan senyum)
Pakcik: “untung ko dik.. muda-muda dah dapat sambung belajar. Aq ni dulu, masa muda nak enjoy je kerja. Sampai duit pun aq x simpan. Hah, sekarang, nak pergi jumpa kawan pun naik bus je. Duit xsimpan. Hutang pun melambak.” (maksud pakcik ni hutang kereta dan rumah tau. Bukan hutang along.. heheh!)
Saya: "ye ke pakcik?"
Pakcik: “yer dik.. ni ko balik Melaka nk buat ape?”
Saya:”oh, saya dah mula cuti semester ni pakcik. Ni nak terus ke hospital mak saya masuk hospital. Baru lepas opration. Kena jangkitan kuman pada kaki.
Pakcik: ooo.. baguslah ko balik.. anak-anak la harapan ibu bapa tau. Sape lagi yang nak jenguk mak kita, klu bukan anak-anak. Xkan kawan dia nak teman dia setiap malam? Kawan xkan teman kita waktu kita sakit atau susah dik. Time senang atau memerlukan, memang dia akan ada dengan kita. Tapi kalau ko dah terbaring, xkan sape yang datang tengok ko. Anak-anak lah yang jadi peneman ibu bapa tau!”
saya: (senyum je ^_^)
Pakcik: “tapi ko ingat. Walaupun ko sayang pada mak ko, pelajaran pun ko jangan lupa. Tu tanggungjawab ko. Ko kena pandai rancang kehidupan ko. Jangan pikir satu je. Pemikiran perlu berkembang. Adik beradik ko berapa?”
Saya:”6”
Pakcik: “anak ke?”

Saya:”4”
Pakcik:”atas ko abang ngn akk la yer? Ayah ko ada lagi”
saya: “yer pakcik. ada”
Pakcik: ”jadi, ko x perlu risau. Mak ko masih ada ayah, abang n akak ko. Ko tumpukan pelajaran. jangan tension sangat. belajar pun amanah dari Allah”



baru sampai dari tanjung malim dan tido di hospital 


Fuh, xsangka aq masih ingat kata-kata pakcik tu.. u olls nak tau? Saya rasa bersyukur sangat bertemu dengan pakcik tu. Dia beri saya nasihat macam-macam. Antara pesanan yang utama, jaga mak ayah, banyak menyimpan duit dari sekarang, Utamakan keluarga dari kawan-kawan, dan yang paling x lupa, dia suruh saya hafal Al-Quran untuk dunia dan akhirat. Perbualan kami Dari TBS sampailah Melaka sentral. Saya pun xtau dia tu sape. Macam tau-tau je yang saya punyai masalah. Pada asalnya, memang mata ni mengantuk, dan akhirnya, saya berjaya tidak lelapkan mata mendengar nasihat pakcik tu. Rasanya bukan saya je kot yang dengar. Satu bus tu dengar. Agak kuat la pakcik tu cakap. Dan kadang-kadang ada mata yang memandang ke belakang melihat reaksi kami berbual. Hihihi.. ^_^ malu.. tapi xkisah pun.. jumpa mereka2 ni pun hari tu je.. pas ni x jumpa dah. Klu jumpa pun x kenal. Hihihi.. :p  sampai je Melaka Sentral, di jemput oleh abah. saya pun cerita kat abah apa nasihat pakcik tu. Abah pun terkejut dengar saya cerita apa yang pakcik tu nasihatkan. Abah kata, bukan mudah orang nak beri nasihat pada kita. Bayangkan dari TBS ke Melaka Central. Kering air liur woo. Hihihi.. tapi pakcik tu ada beli air strawberry mirinda. ^_^ ngeh3!!

::Alhamdulillah.. sekarang mak saya dah keluar dari hospital. Doakan kesihatan mak saya yer. Semoga cepat sembuh~ Amin  ^_^

0 comments:

By :
Free Blog Templates