AkAk Ku KaHwiN



Seronoknya bila mengenangkan tarikh 31 Julai 2010..  Tarikh bersejarah dalam keluarga aku.. tahu kenapa?? akak aku kawin.. hehe!! Selamat Pengantin Baru kak Ayu dan abang Kamarul.. entry kali ni aku nk cerita panjang-panjang. nak letak gambar banyak-banyak  Sebab hati aku membuak-buak nak luahkan semua kat sini!! mengamit balik kenangn masa minggu lepas.. aku dan kawan-kawan aku, huda dan nad lari dari kelas database (jumaat). kami ponteng kelas database. padahal kelas Database ada kuiz.. aku balik melaka hari khamis. Sebab hari jumaat akak aku nikah.. mana boleh lepaskan peluang ni.. ni la first time nak tengok akak aku nikah..so, aku buat keputusan balik hari khamis..  kesian dengan kawan aku dua orang tu.. terpaksa ikut aku.. tambahan lagi kawan aku yang lagi seorang tu (dila) tak dapat pergi, sebab ayah dia tak kasi.. jauh sangat katanya.. urm, dila.. nnti klu aku kahwin jangan ang bagi alasan yang sama ye.. kena datang jugak! heheh!! Pagi jumaat tu, aku dah sampai kat Melaka central. sampai je aku terus belanja diorang makan. kesian diorang lapar. huk3!! Perjalann dari peneng ke Melaka bukannya dekat.. 8 jam duduk dalam bus.. bosan.. lepas habis makan, nak ke rumah aku tu, kami naik bus biasa.. sebab abang aku busy.. tak dapat nak ambil aku kat MC..sampai je rumah aku rasa terharu sangat tengok rumah aku penuh dengan khemah..








meja kerusi semua lilit dengan kain berwarna pink putih.. tiba-tiba hati macam sebak je.. lepas ni akak aku dah jadi isteri orang.. aku dah tak boleh nak ajak dia pergi tengok wayang, shopping, cuci mata atau pergi mana-mana sesuka hati.. hua2!! sedih nyer!!!! Dia lah satu-satunya akak aku..



Sampai je rumah, aku salam dan cium abah dengan mak. pergi dapur, tengok ada la jiran-jiran yang tolong-tolong. Masuk je rumah nampak pelamin tersergam indah!


Wah!!! Cantiknya.. macam singahsana.. baru la nampak macam raja sehari.. hik3!! owh.. for ur information, ehem-ehem.. pelamin ni aku pilih tau. aku suka. sebab pelamin ni betul-betul sesuai macam raja-raja kan. aku pernah berangan nak pelamin macam ni. tu aku inspirasi kan pada hakak aku.. hahaha! time aku macam mana la agak nye kan. bersama sang pujangga cinta.. keh..keh..keh (sambil tutup muka). 

malam berinai

pergi bilik pengantin pun cantik juga.. bestnya..Malam  tu nikah aku sekeluarga pakai baju kaler cokelet.

abg kamarul, abah, mak n kakyu

bila tengok akak aku kahwin, aku rasa tak sabar aku nak kahwin.. tapi perjalanan masih jauh.. hidup perlu di teruskan..calon pun tak ada lagi.. hurmm

imam dan saksi sedang menunggu pengantin

abah nikahkan

masa malam berinai, sedara singapore tak ramai sangt yang datang... tapi, masa bersanding, fuh, ramai yang datang.. tak sangka juga.. aku rase kosong singapore.. semua sedara aku turun Malaysia.. buat masa ni bila di pikirkan balik, tak ada yang tak turun malaysia.. semuanya datang.. sangat terharu.. thanks ye semua.. urm, kawan baik saya, cha-a datang dengan famly akak dia.. todak (hafiz) dan achong pun datang.. hehe.. terima kasih ye semua.. sayang awak semua..  ini la gambar time berlangsungnya majlis perkahwinan akak saya..












bawah ni gambar aku dan kawan aku.. gambar gediks.. hik3!! semua berangan nak jadi princess..huhu..
urm, gambar yang ini  aku belum tukar baju lagi.. padahal masa ni dah pukul 12 lebih dah. 


makcik dan kawan-kawan tegur kenapa tak tukar baju lagi.. hik3!! aku ingat nak pakai baju ni je.. malas nak tukar.. sebab aku jaga kat dapur. takut sedara nak pape ke.. kena la sorang tuan rumah jaga dapur.. tu yang aku malas nak tukar... tapi bila makcik dan busu kta dia boleh uruskan dapur, dan suruh aku tukar baju, aku pn pergi la tukar..

majlis tamat pada pukul 4.00 ptg..oppss.. lupa nak cerita.. pada keesokan harinya (ahad), kami pergi sawah padi.. tapi padi belum tumbuh lagi.. huhu.. so, snap gambar je la kat situ..




my fwend

lompat2..

tentang yang kami tak datang kelas tu, puan marah sangat.. aku pun jadi takut bila dengar cerita dari kawan aku.. tapi, masa kelas dia hari selasa tu ary kami dah minta maaf dah.. dan dia pun kasi kitorang buat kuiz.. alhamdullilah.. thanks ye puan.. kitowg dah janji tak akan buat lagi dah.. first and last..

 kepada akak ku, kakyu  dan abang kamarul , thira nk ucapkan selamat pengantin baru dan dapat baby cepat-cepat ye.. tak sabar nak dapat anak buah.. abah dan mak pun mesti tak sabar nak dapat cucu.. hehhe!!

0 comments:

By :
Free Blog Templates