゚*゚o。゚o゚ ...Tilawah Al-Quran 1433H...゚o゚。*゚*゚o。゚o゚

Selamat Pagi Semuaaa.. d harap kan kalian sihat yer.. n3 kali ni nk cerita tentang 13 julai 2012.. saya pergi ke Tilawah Al-Quran d PWTC.. wow.. memang seronok. selalu tengok kat TV je.. kali ni tgk secara LIVE..

tau x, kami sesat nk ke PWTC.. sedih btol.. huhuhu.. dengan batry fon yg suda low utk saya mengunakan PAPAGO, menyebabkan kami sesat dan mengikut jalan lain.. hmm, zaman moden. xde GPS memang susah la kan. nak2 owg kampung cm saya ni.. ^_^  terasa nak sampai hotel cepat untuk cas fon.

tepat jam 7 malam, kami sampai kat KL International hotel. hotel ni memang pilihan kami dari dulu hingga kini. =) sayang nye, hotel tu dah penuh.. abah dan adik mula mencari hotel yang lain. kebanyakan hotel penuh pada ary tersebut. xtau knp.. dh puas mencari so, abah pn check-in hotel yg berdekatan dgn hotel KLin. lepas check-in, abah kata kita x leh letak barang dulu. sebab majlis Tilawah mula jam 8.30 malam. jadi kami terus pergi dengan memakai baju ini.. tengok la.. rasa terkilan kerana sy memakai seluar. smpai kt sana, semua pandang pelik. walau pn hati rasa malu, tapi tebalkan muka. kita x sangka jadi cengini..  :'( sy langsung x pandang owg. yang saya tau, saya perlu rakam majlis tilawah dan snap pic. itu memang suda menjadi kebiasaan.. huhuhu.. ^_^




ramai sangat yang hadir. sape datang lambat, memang xde tempat duduk larrr.. ^_^


semua wartawan terus kedepan bila pengacara majlis mengumumkan penyampaian hadiah untuk para peserta. 

Abah, mak dan saya dapat tempat duduk. kami duduk d aras dua.. memang jelas sangat2.. ^_^ adik2 saya duduk d bahagian kiri saya. tpi seat lain..

cuba kalian bandingan kan kerusi penuh dan kerusi kosong.. hik3!! 


 

majlis dah selesai.. semua bergambar dengan peserta yang datang dari pelbagai negara.. =)

ini saya.. dah macam wartawan lak kan.. huhuhuhu~ ^_^ saja bergambar d atas stage.. =)


kalian tau x, reka bentuk pentas astaka bagi Majlis Tilawah Al-Quran kali ke-54 ni diilhamkan daripada Gua Hira', Jabal Nur. tau kan Gua Hira' tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertamanya. Jadi, sesuailah  dengan tema tilawah kali ini, iaitu "Al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah". ^_^


Ini tokoh saya.. Saya sayang sangat kt Bapa Permodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir.. 



masa untuk pulang~ ^_^
 


Dh tgk kn semua gambar.. hmm, seronok sangat2.. rasa nye tahun depan mcm nk g lagi.. next year, nk g time pembukaan lak.. I'Allah klu di izin kan Allah.. =) Alhamdulillah kan, Tilawah Al-Quran tahun ni, Qari dari Malaysia dapat tempat pertama dan Qariah dapat tempat ke-3. Tahniah.. bangga jadi rakyat Malaysia. =) saya sangat terpegun dengan bacaan peserta Qariah dari Maghribi. sangat menakjubkan. memang patut dapat tempat pertama. =) hik3!!

ok lah.. cukup smpai d cni.. saya nantok la.. jumpa lain hari yer.. tata u alls =)

0 comments:

By :
Free Blog Templates